Penulis : Datuk Abdullah Ali
Penerbit : Marshall Cavendish
Harga : RM 49.90
RINGKASAN (Sebagaimana yang dinyatakan di kulit buku)
Ini merupakan panduan autoritatif bagi protokol dan bentuk panggilan yang tepat untuk digunakan apabila menyapa orang Malaysia yang bergelar dan tidak bergelar – daripada Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong hinggalah kepada org kebanyakkan. Panduan ini juga merupakan yang pertama dan satu – satunya panduan lengkap bagi sistem gelaran Malaysia yang kompleks. buku ini menyenaraikan semua darjah dan gelaran yang ada di negara ini, bersama – sama akronim dan gelaran kehormatnya. Berpandukan buku ini, kita boleh mengetahui sumber sesuatu akronim tertentu yang mengiringi nama orang Malaysia, dan cara bagaimana seharusnya kita menyapa pemiliknya.
Penulis juga menunjukkan kod pakain yang sesuai bagi majlis rasmi yang formal dan tidak formal, acara yang dijangka, bagaimana mengundang dan menerima VIP, tingkah laku atau ucapan yang diterima ( dan tidak boleh dimaafkan) ketika RAJA atau anggota Kerajaan atau juga pentadbiran yang berpangkat tinggi turut hadir. Beliau turut memberi panduan untuk struktur kakitangan Kabinet, Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman, pasukanPertahanan, dan Kor Diplomatik dan Konsul Malaysia kerana pengetahuan tentang struktur kerajaan dan pentadbiran penting untuk memahami protokol
Ilustrasi yang terdapat dalam buku ini adalah tentang pemakaian tanda kebesaran yang betul, contoh kad undangan dan majlis VIP serta menghadap raja. Buku ini merupakan rujukan yang tidak termilai bagi ahli perniagaan dan diplomat asing atau Malaysia.
ULASAN
Buku ini menyediakan rujukan yang penting, terutamanya ketika mengendalikan sesuatu majlis rasmi. Terutamanya majlis yang melibatkan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Rujukan lengkap meliputi dari proses pra persediaan sebelum majlis, cara menghantar dan menulis kad jemputan, susun atur tempat duduk serta protokol.
Susunan ayat yang ringkas, padat dan menarik serta mudah difahami. Turut boleh didapati di dalam versi bahasa Inggeris, buku ini adalah sesuatu yang wajib dimiliki oleh semua pegawai kerajaan (terutamanya).